Sunday, May 10, 2009

~buat ibu ku tesayang..~ i luv u so mch


Ibu

Setiap deras degupan jantungku

Engkau mampu merasanya

Ketika aku:SedihGembiraGelisah

Naluri ibumu Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih Kaulah ubat kepada duka laraku

Menceriakan dan menghakis Perasaan yang melunturkan Semangatku

Ketika aku gembira Engkau juga turut berkongsi Kegembiraan yang menyinari saatAku hidup di muka bumi ini Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku

Engkau masih bersamaku Menolong menyelesaikan Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan Perjalanan hidupku

Ibu Selagi hayat dikandung badan

Aku akan sentiasa mendampingimu

Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu

Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu

Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya

Namun, terimalah keikhklasanku

Untuk menyayangi Insan yang mulia ini

0 comments: