Thursday, August 13, 2009

PERGI TAK KEMBALI
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

kebelakangan ni.. berita2 kematian acap kali d dengari... tmbh lg dgn serangan virus influenza A H1N1 yg smkn mengganas.. setiap hr ada je kes br n pasti ada yg mnggal lntrn gagal mlwn serangan virus tu.. tp bkn mgsa H1N1 point utama yg aku nak tls kat cni..
rs tekejut sgt dan seram sejuk bila dpt berita kematian ust asri, vokalis Rabbani....beliau mngglkan dunia jam 11 pg td d RTM kerana serangan jantung. sorg pendakwah terkenal tlh tgglkn kita. sorg demi sorg ulama Allah ambil.. ~rs lbh sedih saat mnulis d post ini, hanya lagu2 Rabbani je yg berkumandang d nasyidfm.. terasa kehilngan itu..


Al-Fatihah buat ust Asri.. dan semoga ahli keluarganya tabah dan sabar...

petikan kata dari blog ust asri....

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."

0 comments: